The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

HOME KIT 2025/26 “INILAH BARU SELANGOR”

Jul 04, 2025 - FAS

Selangor FC hari ini secara rasminya melancarkan jersi Home bagi musim 2025/26 secara digital di kesemua platform sosial media Gergasi Merah.

“INILAH BARU SELANGOR” kata-kata keramat yang diangkat daripada ungkapan legenda Ken Worden, bekas Ketua Jurulatih Gergasi Merah yang menzahirkan kegembiraan setelah membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1995, “Saya gembira, inilah baru Selangor”. Ungkapan penuh makna ini kini menjadi tema utama bagi Jersi Home Selangor FC musim 2025/26. 

Diinspirasikan daripada rekaan jersi pasukan Selangor 1995, selain menjadi satu tanda penghormatan atas kejayaan legenda serta nama-nama besar yang pada musim tersebut seperti Mehmet Durakovic, Azman Adnan, Anuar Abu Bakar, K. Gunalan, Ismail Ibrahim, K. Sanbagamaran, Rusdi Suparman, Azlisham Ibrahim, Shahril Arsat dan ramai lagi yang telah mencorakkan sejarah bola sepak tanah air pada ketika itu. 

Jersi Home 2025/26 ini dihasilkan semula sebagai simbol kepada era baharu yang akan meneruskan perjuangan dan juga semangat bagi skuad musim ini untuk mencapai kejayaan serta membawa nama Selangor di persada antarabangsa, menyatukan semangat masa lalu dengan hala tuju masa hadapan jelas di dalam kem Merah Kuning. Selain itu, dapat menghidupkan kembali harapan dan keyakinan dalam hati setiap penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan.

Mengekalkan warna tradisi Merah dan Kuning, warna yang cukup sinonim dengan identiti Red Giants dan melambangkan keberanian serta kebanggaan rakyat Selangor. Elemen rekaan moden diterapkan secara halus, menjadikan jersi ini bukan sahaja satu simbol warisan, tetapi juga lambang pergerakan ke arah masa depan yang lebih dinamik dan berdaya saing. 

Pra-tempah jersi pertama anda untuk musim ini secara atas talian sekarang di selangorfc.com atau dapatkan menerusi penjualan fizikal yang akan bermula pada hari esok, 5 Julai 2025, bermula 12 Tengahari bersempena Selangor Festival Music yang akan berlangsung di The Paddock, Petaling Jaya. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki jersi ini secara eksklusif serta para penyokong yang hadir akan berpeluang berjumpa dengan bekas pemain serta jurulatih Selangor FC, Datuk K.Rajagobal, berserta lima pemain Gergasi Merah musim ini; Sharul Nazeem, Haiqal Lau, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan pemain import baharu, Chrigor Moraes. Dapatkan tiket ke Selangor Festival Music untuk lihat jersi dengan lebih dekat di https://sfm.ubertickets.asia/events/115413?language=en

Turut berterima kasih atas penampilan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, Exco Belia dan Sukan, YB Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Syed Ahmad atau terkenal dengan nama Altimet, bekas pemain dan jurulatih Selangor, Datuk K.Rajagobal, bekas pemain Selangor musim 1995, Shahril Arsat dan K. Sanbagamaran, Pempengaruh, Shahril Hamdan serta Adzim Hariz dan Freestyler, Arif Fahmi yang menjayakan video jersi Home musim 2025/26. Tonton video penuh di: https://youtu.be/chdVc467ots?si=yOhBxP8b3178WzUf

Turut berterima kasih atas penampilan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, bekas pemain dan jurulatih Selangor, Datuk K.Rajagobal, Exco Belia dan Sukan, YB Najwan Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Syed Ahmad, bekas pemain Selangor musim 1995, Shahril Arsat dan K. Sanbagamaran, Pempengaruh, Shahril Hamdan serta Adzim Hariz dan Freestyler, Arif Fahmi yang menjayakan video jersi Home musim 2025/26. Tonton video penuh di: https://youtu.be/chdVc467ots?si=yOhBxP8b3178WzUf

Jersi ini bukan sekadar Home kit untuk musim baharu, namun ini adalah bukti bahawa semangat Merah Kuning terus membara bagi mengharungi persaingan Liga Malaysia, serta kejohanan antarabangsa AFC Champions League Two (ACL TWO) dan Kejohanan Kelab ASEAN bagi musim 2025/26. 

Inilah kebangkitan sebenar. Inilah identiti kita. Inilah Baru Selangor!

Demi Kebanggaan!